Waiver of RM1 Fee for Interbank Cash Withdrawals

16 June 2026

Dear Valued Customers,

We are pleased to inform that effective 1 July 2026, Public Islamic Bank will waive the RM1 fee for interbank cash withdrawal transactions at our self-service terminals, including Automated Teller Machines (ATMs) and Smart Recycler Machines (SRMs), for all Malaysian debit cardholders.

This move is taken as part of an industry-wide initiative by banks in Malaysia to make everyday banking more accessible, affordable and convenient for customers.

For customers, this means that they can now enjoy cash withdrawals at any of the 14,000 bank-operated ATMs or SRMs nationwide without paying any interbank withdrawal fee, regardless of which bank issued their debit cards.

For greater convenience and access to real-time payments, we encourage customers to continue using seamless and secure digital banking services such as online banking, card payments and DuitNow QR for their daily transactions.


Pengecualian Fi RM1 untuk Pengeluaran Tunai Antara Bank

Pelanggan yang Dihargai,

Dimaklumkan bahawa bermula pada 1 Julai 2026, Public Islamic Bank akan mengecualikan fi RM1 bagi urus niaga pengeluaran tunai antara bank di terminal layan diri kami, termasuk Mesin Teler Automatik (ATM) dan Mesin Kitar Semula Pintar (SRM), untuk semua pemegang kad debit warganegara Malaysia.

Langkah ini diambil sebagai sebahagian daripada inisiatif meluas industri oleh bank-bank di Malaysia agar urusan perbankan harian lebih mudah diakses, berpatutan dan memudahkan pelanggan.

Ini bermakna pelanggan kini boleh membuat pengeluaran tunai di mana-mana daripada 14,000 ATM atau SRM yang beroperasi di bank tanpa perlu membayar apa-apa fi pengeluaran antara bank, tidak mengira bank mana yang mengeluarkan kad debit mereka.

Untuk kemudahan dan akses yang lebih baik kepada bayaran masa nyata, kami menggalakkan pelanggan agar terus menggunakan perkhidmatan perbankan digital yang lancar dan selamat seperti perbankan dalam talian, bayaran melalui kad dan DuitNow QR untuk urus niaga harian. 


豁免1令吉跨行现金提款手续费

尊贵的客户,

谨此通知,自2026年7月1日起,大众回教银行将豁免所有马来西亚扣账卡持卡人在本行自助服务机进行跨行现金提款时所需支付的1令吉手续费,包括自动出纳机(ATM)和智能循环机(SRM)。

此举是马来西亚各大银行业共同推动的一项行业倡议,旨在让客户享有更便利、更实惠、更方便的日常银行服务体验。

无论所使用的扣账卡是由哪一家银行发行,客户今后可在全国超过14,000台由银行营运的自动出纳机或智能循环机提取现金,而无需支付任何跨行提款手续费。

为享有更便捷的支付体验和实时转账服务,我们鼓励客户继续使用安全、顺畅的数位银行服务,例如线上银行、银行卡支付和DuitNow QR,以满足日常交易需求。