In line with the joint media statement by The Association of Banks in Malaysia (ABM), Association of Islamic Banking and Financial Institutions Malaysia (AIBIM) and the Association of Development Finance Institutions of Malaysia (ADFIM) released on 16 March 2026, Public Bank will be providing goodwill discounts for eligible customer who choose to early settle their existing fixed-rate hire-purchase financing which apply the Rule of 78 method.
The goodwill discount programme will be effective starting from the effective date of the Hire Purchase Amendment Act 2026 (HPAA), which will take effect on 1 June 2026.
Who is eligible?
Individuals and micro or small businesses with fixed-rate hire-purchase agreements and/or which apply the Rule of 78 method:
- Hire purchase agreement was entered into before 1 June 2026 or during the transition period ending 31 March 2027; and
- who choose to settle their hire-purchase financing early i.e. any time before loan or financing maturity.
Eligibility criteria
At the point of early settlement, the customer’s account must not be:
- in arrears exceeding 90 days;
- under legal action or issued with repossession order; or
- under an existing restructuring and rescheduling (R&R) or enrolled in a formal debt management programme.
What is the discount?
- The goodwill discount will be calculated based on the features of the existing hire-purchase agreement (such as financing tenure, timing of early settlement and rate structure) and applied to the net balance due. The intention is to offer early settlement treatment that is broadly comparable to the approach under the amended Act.
- The exact discount and details will be given to customer at the point of application for early settlement.
The details of the goodwill discounts and operational mechanism will be notified and implemented after the effective date of the HPAA.
Diskaun ihsan (goodwill discount) untuk penyelesaian awal Perjanjian Sewa Beli sedia ada, akan ditawarkan bermula pada tarikh Akta (Pindaan) Sewa Beli berkuat kuasa
Selaras dengan kenyataan media bersama oleh Persatuan Bank-bank dalam Malaysia (ABM), Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) dan Persatuan Institusi-institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM) yang disiarkan pada 16 Mac 2026, Public Bank akan menawarkan diskaun ihsan kepada pelanggan yang layak untuk penyelesaian awal bagi perjanjian sewa beli kadar tetap sedia ada yang menggunakan kaedah Peraturan 78.
Program diskaun ihsan ini akan bermula pada tarikh Akta Pindaan Sewa Beli 2026 (HPAA) berkuat kuasa, iaitu akan berkuat kuasa mulai 1 Jun 2026.
Siapakah yang layak?
Individu dan perniagaan mikro dan kecil dengan perjanjian sewa beli kadar tetap dan/atau yang menerima pakai kaedah Peraturan 78:
- perjanjian sewa beli yang dimeterai sebelum 1 Jun 2026 atau dalam tempoh peralihan yang berakhir pada 31 Mac 2027; dan
- pelanggan yang memilih untuk menyelesaikan pembiayaan sewa beli mereka lebih awal iaitu pada bila-bila masa sebelum tarikh matang pinjaman atau pembiayaan.
Kriteria kelayakan
Apabila membuat penyelesaian awal, akaun pelanggan mestilah tidak:
- mempunyai tunggakan melebihi 90 hari;
- dikenakan tindakan undang-undang atau perintah pemilikan semula kenderaan sudah dikeluarkan; atau
- di bawah penstrukturan dan penjadualan semula (R&R) sedia ada atau didaftarkan secara rasmi di bawah program pengurusan hutang.
Apakah diskaun yang ditawarkan?
- Diskaun ihsan akan dikira berdasarkan ciri-ciri perjanjian sewa beli sedia ada (misalnya tempoh pembiayaan, masa penyelesaian awal dan struktur kadar) dan diterima pakai kepada baki bersih yang perlu dibayar. Tujuannya adalah untuk menawarkan kaedah penyelesaian awal yang secara umumnya setara dengan kaedah di bawah Akta pindaan tersebut.
- Diskaun dan butiran lanjut akan dimaklumkan kepada pelanggan apabila mereka membuat permohonan untuk penyelesaian awal.
Butiran mengenai diskaun ihsan dan mekanisme operasinya akan dimaklumkan dan dilaksanakan selepas tarikh kuat kuasa HPAA.
