Passenger Vehicles
- Permit holders must possess valid repossession agent permits (EPS Permit) when carrying out repossession of vehicle or goods activities.
- Permit holders must obtain permission from the hirers before entering private premises.
- Permit holders must be smartly dressed and act professionally when carrying out repossession of vehicle or goods activities.
- Permit holders are prohibited from using any forceful or aggressive act during the repossession process.
- Permit holders are prohibited from being involved in any crime, bribery or misuse of power directly or indirectly with any parties involved in the repossession of vehicle or goods activities.
- Only permit holders directed by the owners as stated under the Repossession Order are allowed to carry out repossession of vehicle or goods activities.
- Permit holders must not misuse their permit for self-interest other than carrying out repossession of vehicle or goods activities.
- At the time when repossession activities are being carried out, permit holders must:
- Produce their EPS Permits, National Registration Identity cards and Repossession Order issued by the owner.
- Give reasonable time to the hirer to inspect and remove his personal items and belongings.
- Take photographs of the interior and exterior of the motor vehicle or goods and provide the photographs to the owner.
- Issue inventory list to state the condition of the motor vehicle or goods during the repossession activities.
- Permit holders are not allowed to enter private premises unless with a Court Order.
- Permit holders must lodge police report on the repossession within 24 hours after the repossession process is completed, but in exceptional circumstances, not later than 48 hours from the time of repossession.
- Permit holders are bound by the laws, regulations, terms and conditions, code of ethics and guidelines issued by the Controller in the performance of their repossession activities.
- Permit holders should observe any other Code of Ethics or Guidelines issued by the Controller from time to time.
KOD ETIKA BAGI PEMEGANG PERMIT ATAS PEROLEHAN SEMULA
- Pemegang permit harus memiliki kad Permit EPS yang sah dan memastikan permit masih dalam tempoh sahlaku semasa menjalankan aktiviti pemilikan semula kenderaan atau barangan.
- Pemegang permit harus mendapat keizinan daripada penyewa sebelum memasuki premis persendirian.
- Pemegang permit haruslah berketerampilan kemas dan mengamalkan sikap profesionalisme semasa menjalankan aktiviti pemilikan semula kenderaan atau barangan.
- Pemegang permit adalah dilarang menggunakan segala bentuk kekerasan sewaktu proses pemilikan semula dijalankan.
- Pemegang permit tidak dibenarkan melibatkan diri dalam sebarang bentuk jenayah rasuah dan salah guna kuasa sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan manamana pihak berkaitan urusan pemilikan semula kenderaan atau barangan.
- Pemegang permit yang diarahkan oleh pemunya sepertimana yang dinyatakan di dalam Perintah Pemilikan Semula sahaja yang dibenarkan menjalankan aktiviti pemilikan semula bagi kenderaan atau barangan tersebut.
- Pemegang permit tidak boleh menyalah gunakan kad permit untuk kepentingan atau faedah diri sendiri selain bagi tujuan untuk aktiviti pemilikan semula kenderaan atau barangan.
- Sewaktu proses pemilikan semula dijalankan, pemegang permit harus:
- Mempamerkan Permit EPS, Kad Pengenalan dan Perintah Pemilikan Semula yang dikeluarkan oleh tuan punya.
- Memberi masa yang munasabah kepada penyewa untuk memeriksa dan mengeluarkan barangan peribadi kepunyaan penyewa.
- Mengambil gambar dalam dan luar kenderaan atau barangan untuk diserahkan kepada pemunya.
- Mengeluarkan senarai inventori tentang keadaan barang semasa proses pemilikan semula dijalankan.
- Pemegang permit tidak dibenarkan untuk memasuki premis persendirian kecuali dengan perintah mahkamah.
- Pemegang permit haruslah membuat laporan polis dalam tempoh 24 jam selepas proses pemilikan semula selesai dijalankan. Pengecualian hanya diberi bagi situasi tertentu, dimana tempoh masa pelanjutan tidak melebihi 48 jam.
- Pemegang permit adalah terikat dengan segala undang-undang, peraturan, terma dan syarat, kod etika dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Pengawal bagi menjalankan aktiviti pemilikan semula.
- Pemegang permit hendaklah sentiasa peka dengan sebarang Kod Etika dan Garis Panduan yang dikeluarkan oleh Pengawal dari semasa ke semasa.