Dear Valued Customers,
We are pleased to inform you that we, Public Islamic Bank Berhad (“Bank”) are in the process of enhancing our Islamic deposit product structure in line with the developments in Shariah and the industry’s best practices. Accordingly, we intend to convert your Islamic Deposit Account under the existing Qard arrangement to Commodity Murabahah via Tawarruq arrangement (“Conversion Exercise”) which shall take effect after twenty-one (21) days from the date of this announcement. Following the Conversion Exercise, the product name of your Islamic Deposit Account will be changed to Commodity Murabahah Current/Savings Account-i.
Please note that the Conversion Exercise will not affect the nature of your Islamic Deposit Account in terms of accessibility, account number, or operational functionality. The account number of your Islamic Deposit Account will remain unchanged and no new account will be opened.
For details of the Commodity Murabahah via Tawarruq arrangement (Commodity Murabahah Current/Savings Account-i), please refer to the respective Product Disclosure Sheets for Commodity Murabahah Current Account-i or Product Disclosure Sheet for Commodity Murabahah Savings Account-i. The Islamic Deposit Account under the Commodity Murabahah Current/Savings Account-i shall be governed by their respective Terms and Conditions for Commodity Murabahah Current Account-i or Terms and Conditions for Commodity Murabahah Savings Account-i. Pursuant to the Commodity Murabahah via Tawarruq arrangement, you are to agree in appointing the Bank under the Wakalah (Agency) contract, as your agent (wakil) to purchase the commodity as identified by the Bank and subsequently sell the commodity to the Bank under the Murabahah sale on deferred payment basis (“Dual Agency Arrangement for Commodity Murabahah”). Please refer to Part B, Clause 2 of the Terms and Conditions for more information.
Please also note that, if you have Cash Line Facility-i with us, this Conversion Exercise will be applicable to the Qard Current Account-i which is currently tagged to your Cash Line Facility-i, as part of our internal arrangement. Your Cash Line Facility-i shall remain unaffected.
In the event that you disagree with the Conversion Exercise, you must close your Islamic Deposit Account by visiting your Islamic Deposit Account’s servicing branch for the closure of your Islamic Deposit Account within twenty-one (21) days from the date of this announcement.
If you do not close your Islamic Deposit Account after twenty-one (21) days from the date of this announcement, your continued maintenance of your Islamic Deposit Account and your failure to close your Islamic Deposit Account will be deemed as your consent that you irrevocably and unconditionally agree to the Conversion Exercise, the appointment and authorisation of the Bank to act as your agent for the Dual Agency Arrangement for Commodity Murabahah, and to the Terms and Conditions.
We thank you for your continued trust in Public Islamic Bank Berhad.
Pertukaran Akaun Deposit Islam (Semasa/Simpanan) daripada Pengaturan Qard kepada Murabahah Komoditi melalui Pengaturan Tawarruq
Pelanggan yang Dihargai,
Sukacita dimaklumkan bahawa kami, Public Islamic Bank Berhad (“Bank”) kini dalam proses menambah baik struktur produk deposit Islam kami selaras dengan perkembangan Syariah dan amalan terbaik industri. Oleh itu, kami ingin menukarkan Akaun Deposit Islam tuan/puan di bawah pengaturan Qard sedia ada kepada Murabahah Komoditi melalui pengaturan Tawarruq (“Pelaksanaan Pertukaran”) yang akan berkuat kuasa selepas dua puluh satu (21) hari dari tarikh pengumuman ini. Berikutan Pelaksanaan Pertukaran ini, nama produk Akaun Deposit Islam tuan/puan akan ditukar kepada Akaun Semasa-i/Simpanan-i Murabahah Komoditi.
Sila ambil maklum bahawa Pelaksanaan Pertukaran tidak akan menjejaskan ciri-ciri Akaun Deposit Islam tuan/puan dari segi kebolehcapaian, nombor akaun atau fungsi pengendaliannya. Nombor akaun bagi Akaun Deposit Islam tuan/ puan tidak akan berubah dan tiada akaun baharu akan dibuka.
Untuk butiran lanjut mengenai Murabahah Komoditi melalui pengaturan Tawarruq (Akaun Semasa-i/Simpanan-i Murabahah Komoditi), sila rujuk Lembaran Pendedahan Produk Akaun Semasa-i Murabahah Komoditi atau Lembaran Pendedahan Produk Akaun Simpanan-i Murabahah Komoditi. Akaun Deposit Islam di bawah Akaun Semasa-i/Simpanan-i Murabahah Komoditi akan dikawal oleh Terma dan Syarat Akaun Semasa-i Murabahah Komoditi atau Terma dan Syarat Akaun Simpanan-i Murabahah Komoditi. Selaras dengan Murabahah Komoditi melalui pengaturan Tawarruq, tuan/puan bersetuju untuk melantik Bank di bawah kontrak Wakalah (Agensi) sebagai ejen (wakil) tuan/puan untuk membeli komoditi seperti yang dikenal pasti oleh Bank dan kemudiannya menjual komoditi tersebut kepada Bank di bawah jualan Murabahah atas dasar pembayaran tertunda (“Pengaturan Dwi-Agensi untuk Murabahah Komoditi”). Sila rujuk Bahagian B, Fasal 2 dalam Terma dan Syarat untuk maklumat lanjut.
Sila juga ambil maklum bahawa sekiranya tuan/puan mempunyai Kemudahan Tunai-i dengan kami, Pelaksanaan Pertukaran ini akan diterima pakai kepada Akaun Semasa-i Qard tuan/puan yang kini dirangkaikan dengan Kemudahan Tunai-i tuan/puan, sebagai sebahagian daripada pengaturan dalaman kami. Kemudahan Tunai-i tuan/puan tidak akan terjejas.
Sekiranya tuan/puan tidak bersetuju dengan Pelaksanaan Pertukaran ini, tuan/puan mesti menutup Akaun Deposit Islam tuan/puan dengan mengunjungi cawangan perkhidmatan Akaun Deposit Islam tuan/puan untuk menutup Akaun Deposit Islam tuan/puan dalam tempoh dua puluh satu (21) hari dari tarikh pengumuman ini.
Sekiranya tuan/puan tidak menutup Akaun Deposit Islam tuan/puan selepas dua puluh satu (21) hari dari tarikh penguguman ini, penyenggaraan berterusan Akaun Deposit Islam tuan/puan dan kegagalan untuk menutup Akaun Deposit Islam tuan/puan akan dianggap sebagai keizinan daripada tuan/puan bahawa tuan/puan tanpa boleh ditarik balik dan tanpa syarat bersetuju dengan Pelaksanaan Pertukaran, pelantikan dan memberi kebenaran kepada Bank untuk bertindak sebagai ejen tuan/puan bagi Pengaturan Dwi-Agensi untuk Murabahah Komoditi, dan bersetuju dengan Terma dan Syarat.
Kami berterima kasih kepada tuan/puan atas kepercayaan berterusan terhadap Public Islamic Bank Berhad.
